Home
Site Map
     

NEWS

Published: Thursday September 10, 2015
Source: Utusan


Jasa Merin terima aset AHTS baru

Klang 9 Sept - Jasa Merin (M) Sdn Bhd mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat perkapalan luar pesisir utama di negara ini menerusi aset kapal terbaharunya MV JM Cekal yang diserahkan secara rasmi oleh Muhibbah Marine Engineering Sdn. Bhd. (MME), hari ini.

Kapal Bekalan Penunda Sauh (ATHS) adalah yang ke-20 dimiliki Jasa Merin melibatkan pelaburan sebanyak RM109 juta selaras dengan strategi syarikat untuk berhadapan dengan persaingan dalam industri kapal sokongan luar pantai (OSV).

Ketika ini persaingan dalam industri OSV semakin sengit ekoran kedudukan harga minyak mentah dunia yang mencatatkan penurunan lebih 50 peratus daripada AS$115 setong (RM496 setong) pada Jun 2014 kepada AS$53 setong (RM229 setong) pada Ogos tahun ini.

Pengerusi Jasa Merin, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, perkembangan semasa harga minyak itu dilihat telah mendorong majoriti syarikat pengeluar minyak dan gas menyelaraskan semula perbelanjaan modal (Capex) termasuklah perbelanjaan operasi mereka.

“Penyelarasan perbelajaan sya­­­rikat-syarikat minyak dan gas ini termasuklah melibatkan penelitian semula kadar sewa kapal-kapal OSV untuk kontrak baharu dan kontrak yang sedia ada.

Kekurangan kontrak-kontrak baharu sudah tentunya akan meningkatkan persaingan dalam industri OSV. Justeru, kita menyedari hakikat ini dan kita sentiasa menawarkan kadar sewa yang kompetitif di samping mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan itu yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Yang hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Muhibbah Engineering Berhad, Mac Ngan Boon serta Pengerusi SILK Holdings Berhad (SHB), Datuk Mohammad Azlan Hashim.
Sementara itu, Ahmad Razif ketika berucap menyifatkan penambahan aset kapal Jasa Merin itu lihat mampu memberikan kesan positif kepada perkembangan serta pengukuhan industri OSV negara ini khususnya melibatkan syarikat-syarikat tempatan.

Malah, penerimaan MV JM Cekal oleh Jasa Merin itu dilihat satu pencapaian yang memberangsangkan melibatkan syarikat tempatan termasuklah kerajaan negeri Terengganu yang memiliki 30 peratus pegangan saham dalam entiti itu melalui anak syarikatnya, Terengganu Incorporated hasil penswastaan pada tahun 2006 manakala baki pegangan saham adalah dimiliki oleh SHB.

Click here to see original article


 

PREV |

=

 

Copyright © Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd. All Rights Reserved.